Cap Dagangan
Cap Dagangan
Mengenai Primus IP
Apa Itu Cap Dagangan?
Cap dagangan adalah istilah yang digunakan untuk apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik. Ia digunakan untuk membezakan perkhidmatan atau barang-barang satu perusahaan dari yang lain. Antara perkara yang termasuk di dalam tanda ialah logo, gambar, perkataan, nama, dan huruf.
Cap Kolektif
Cap kolektif adalah tanda yang membezakan perkhidmatan atau barang-barang anggota persatuan yang merupakan milik pemilik tanda tersebut daripada perusahaan yang lain.
Cap Perakuan
Cap perakuan adalah tanda yang membezakan perkhidmatan atau barang-barang. Tanda tersebut hendaklah diperakui oleh pemiliknya dengan mengenal pasti tempat asal, material bahan, cara pengilangan barang-barang atau pelaksanaan perkhidmatan, ketepatan, kualiti, atau ciri-ciri lain.
Kelebihan Mendaftar Cap Dagangan
Hak Eksklusif
Pemilik memperoleh hak eksklusif atau monopoli mutlak untuk tempoh tertentu ke atas tanda berkenaan dalam segala urusan perdagangan. Hal ini juga bermakna pemilik layak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menggunakan tanda tersebut tanpa izin atau kebenaran.
Bukti Sah Undang-Undang
Pejabat Pendaftaran akan mengeluarkan sijil pendaftaran yang boleh menjadi bukti yang diterima oleh pihak penguatkuasaan dan di mahkamah. Sijil tersebut juga merupakan dokumen utama yang digunakan sebagai bukti ‘kesahan’ hak milik sesuatu tanda dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negara.
Larangan Mengenai Pendaftaran
Cap Dagangan
- Mengelirukan atau memperdayakan
- Jika penggunaannya mengelirukan atau memperdayakan orang ramai atau berlawanan dengan undang-undang Malaysia.
- Menyinggung atau mencetuskan skandal
- Jika ia terdiri daripada atau mengandungi apa-apa perkara yang mampu menyinggung atau mencetuskan skandal.
- Memudaratkan kepentingan atau keselamatan negara
- Jika ia membawa kemudaratan kepada kepentingan dan keselamatan negara.
Fungsi Cap Dagangan
- Menjadi satu garis panduan yang menunjukkan perkhidmatan atau barang-barang telah dikeluarkan dan dijual oleh sumber yang bertanggungjawab
- Memudahkan pengguna untuk membuat pilihan yang tepat
- Menujukkan bahawa perkhidmatan atau barang-barang terjamin kualitinya
- Menjadi satu alat pengiklanan
- Menjadi satu aset yang berharga dan boleh dilesenkan
Bina Reputasi Dengan Tanda Yang Unik
Perlukan bantuan dengan
Cap Dagangan ?
Soalan Lazim
Berikut merupakan antara undang-undang yang berkaitan: