Harta Intelek

Harta Intelek

Sebagai organisasi yang berpengalaman dalam pendaftaran harta intelek, Primus IP mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang dalam mengenai harta intelek. Kami berusaha untuk melindungi dan mencegah aset tidak nyata anda daripada diciplak.

Mengenai Primus IP

Berpusat di Kuala Lumpur, Primus IP merupakan sebuah firma perunding perundangan di Malaysia yang pakar dalam melindungi harta-harta intelek PKS dan syarikat-syarikat besar. Demi memenuhi kehendak khusus harta intelek anda, kami menawarkan penyelesaian sofistikated seperti perkhidmatan nasihat strategik serta sokongan litigasi.

Apa Itu Harta Intelek?

Harta intelek, atau harta intelektual, adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pelbagai jenis ciptaan yang diakui hak eksklusifnya sepertimana yang telah direncanakan di dalam undang-undang berkait. Di bawah undang-undang harta intelek, pemilik dihadiahkan hak eksklusif untuk beberapa aset abstrak atau tidak nyata yang mereka cipta.

Kepentingan Harta Intelek

Harta intelek mampu meningkatkan tahap ekonomi, inovasi, dan pengetahuan dalam sesebuah negara dan seterusnya mengangkat negara tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Pembangunan berterusan untuk melindungi ciptaan membawa variasi impak positif, bukan untuk pemiliknya sahaja, namun kepada seluruh masyarakat juga.

Jenis-Jenis Harta Intelek

Reka Bentuk Perindustrian

Reka bentuk perindustrian merujuk kepada aspek estetik atau hiasan sesuatu artikel. Ianya merangkumi ciri bentuk, corak, tatarajah atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa cara perindustrian.

Paten

Paten merupakan satu hak eksklusif yang diberikan untuk satu reka cipta, sama ada ia adalah satu produk mahupun proses yang baharu yang dijadikan penyelesaian teknikal sesuatu masalah.

Cap Dagangan

Cap dagangan adalah istilah yang digunakan untuk apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik. Ianya digunakan untuk membezakan perkhidmatan atau barang-barang satu perusahaan dari perusahaan yang lain. Antara perkara yang termasuk di dalam tanda ialah logo, gambar, perkataan, nama, dan huruf.

Hak Cipta

Hak cipta adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pencipta untuk mengeksploitasi ciptaan mereka. Di Malaysia, perlindungan hak cipta adalah tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Reka Bentuk Perindustrian

Reka bentuk perindustrian merujuk kepada aspek estetik atau hiasan sesuatu artikel. Ianya merangkumi ciri bentuk, corak, tatarajah atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa cara perindustrian.

Cap Dagangan

Cap dagangan (link to ‘Cap Dagangan’ page) adalah istilah yang digunakan untuk apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik. Ianya digunakan untuk membezakan perkhidmatan atau barang-barang satu perusahaan dari perusahaan yang lain. Antara perkara yang termasuk di dalam tanda ialah logo, gambar, perkataan, nama, dan huruf.

Paten

Paten merupakan satu hak eksklusif yang diberikan untuk satu reka cipta, sama ada ia adalah satu produk mahupun proses yang baharu yang dijadikan penyelesaian teknikal sesuatu masalah.

Hak Cipta

Hak cipta adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pencipta untuk mengeksploitasi ciptaan mereka. Di Malaysia, perlindungan hak cipta adalah tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Lindungi Ciptaan Kreativiti Anda Sekarang

Primus IP mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang harta intelektual. Demi memastikan inovasi anda mencapai potensi yang maksimal dan tidak ditiru pihak tidak bertanggungjawab, pakar kami akan membantu anda mendaftar dan melindungi idea atau ciptaan anda secara holistik.

Terokai pelbagai perkhidmatan harta intelek kami

Perlukan bantuan dengan Harta Intelek ?

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Harta Intelek atau perkhidmatan lain, sila hubungi kami dan kami akan memberikan anda solusi yang tepat.

Soalan Lazim

Harta intelek merupakan penciptaan fikiran manusia yang telah dinyatakan menjadi satu ciptaan atau karya, dan diberikan hak eksklusif tertentu. Ia terdiri daripda beberapa jenis perlindungan seperti hak cipta, paten, cap dagangan, dan reka bentuk perindustrian. 

Manakala, hak cipta merupakan salah satu komponen dalam harta intelek. Ia merupakan hak eksklusif yang dianugerahkan kepada pencipta untuk mengawal ciptaan atau karya mereka serta membolehkan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang jika berlaku perlanggaran.

Kerajaan telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk memastikan variasi jenis ciptaan tidak nyata di Malaysia terus terjaga dan terpelihara. Malaysia juga merupakan ahli Organisasi Harta Intelek Dunia, atau lebih dikenali sebagai “World Intellectual Property Organisation (WIPO).

Selain itu, Malaysia menandatangani Konvesyen Berne dan Konvensyen Paris, dua konvensyen penting untuk perihal hasil ciptaan minda. Malaysia juga telah menandatangani Perjanjian Asperk Hak Harta Intelek yang Berkaitan Perdagangan, atau “The Agreement on Trade-Related Aspects of Intellectual Property (TRIPS).